Hanya kata “Laila” yang sangat berarti. Ketika orang membicarakan hal
 lain, majnun akan menutup telinganya dan mengunci mulutnya.
 Katakan padanya: “Orang yang telah mengorbankan segalanya 
untuk-Mu menyampaikan salam dari jauh. Titipkan sehembus nafas-Mu 
melalui sang angin untuk memberitahu dia bahawa engkau masih 
memikirkannya.”
 
 “Oh lilin jiwaku... jangan kau siksa diri ku, ketika aku 
mengelilingimu... kau telah memikatku, kau telah merampas tidurku, 
akalku juga tubuhku.”
 
 Laila adalah cahaya fajar, Majnun adalah sebatang lilin ...
Laila adalah keindahan, Majnun adalah kerinduan... 
Laila menabur benih cinta, Majnun menyiraminya dengan air mata... 
Laila memegang cawan anggur cinta, Majnun berdiri mabuk oleh aromanya!!
 
 “Aku bagaikan orang yang kehausan, kau pimpin aku menuju sungai 
Eufrat, lalu sebelum sempat aku minum, kau menarikku dan kembali ke 
kawasan panas membara, padang pasir yang tandus !..
Kau mengajakku ke meja jamuan, tapi tidak pernah mempersilakanku 
makan ! mengapa kau menampakkannya kepadaku di awal, jika tidak pernah 
berniat untuk membiarkan aku memiliki hartaku.?”
 
 “Aku melihat matanya dalam matamu, lebih hitam dari kegelapan. 
Namun bayangannya tidak akan kembali oleh hanya kesamaan. Kerana apa 
yang telah hilang dariku tidak akan digantikan. Dan yang tersisa 
hanyalah kenangan yang menyakitkan.”
 
 “Setiap hembusan angin membawa keharumanmu untukku. Setiap 
kicauan burung mendendangkan namamu untukku. Setiap mimpi yang hadir 
membawa wajahmu untukku. Aku milikmu, aku milikmu, jauh maupun dekat. 
Dukamu adalah dukaku, seluruhnya milikku, di manapun ia tertambat.”
 
 Di alam ini semua hal ditakdirkan untuk binasa, tidak ada yang 
abadi. Namun, jika Anda “mati” sebelum Anda mati, berpaling dari dunia 
dan kemunafikan wajahnya, Anda akan meraih keselamatan dalam kehidupan 
yang abadi. Terserah pada Anda: Anda adalah penentu bagi takdir Anda 
sendiri. Pada akhirnya kebaikan akan bersatu dengan kebaikan dan 
keburukan dengan keburukan. Ketika rahasia Anda diteriakkan dari puncak 
gunung dan gaungnya kembali, Anda akan mengenali suara itu sebagai suara
 Anda sendiri..
 
 Jalan kita berbeza dan tidak akan pernah bertemu.. Kau adalah sahabat bagi dirimu sendiri. Diriku adalah musuh terbesarku.
 
 Laila...
berlalu masa,saat orang meminta pertolonganku dan sekarang adakah seorang penolong
yang akan memberitahu rahsia jiwaku pada Laila? 
wahai Laila... 
cinta telah membuatku lemah tak berdaya seperti anak hilang,jauh dari keluarga dan tidak memiliki harta..
 
 wahai angin..
sampaikan salam ku pada Laila! tanyakan padanya adakah dia masih mahu berjumpa denganku?
bukankah aku telah berkorban kebahagianku kerananya?
hingga diri ini terbiar, sengsara di padang pasir gersang..
 
 wahai kesegaran pagi yang murni dan indah, mahukah kau sampaikan
 kerinduanku pada Laila? belailah rambutnya yang hitam berkilau, untuk 
mengungkapkan dahaga cinta yg memenuhi hatiku...
wahai angin mahukah kau membawa keharuman rambutnya kepada ku? sebagai pelepas rindu di hati..
http://sambunganhidup.blogspot.com/2012/10/puisi-laila-majnun.html 
Next →
      

0 komentar:
Posting Komentar